My Precious Follower

Sunday, December 18, 2011

i'm BACK - Graduated Already

Assalamualaikum...aq mulakan sebagai mukadimah. Actually dah lame sgt aq x update blog ni. Dunno where should i start with coz terlalu byk perkara yg berlaku dlm hidup neyh. Tak kire laa samada yg baek or buruk, sedeyh or hepy and suka or duka. Kalau bole mmg nk share byk menda dgn u olls sume. Kalu ader ilmu yg aq belajar, akan aq share ngan korg. Tapi aq rs, aq nk share sumthing yg bermakna buat ku. Saat yg paling aq tunggu2 "CONVOCATION".

Setelah 5tahun aq study kt Uniten Bangi, akhir nyer aq berjaya menghabeskn studyku ngan berjaya. So many thing yg tlah aq lalui dlm tempoh pembelajaran ku. Dlm tempoh waktu tu, banyak peristiwa yg telah dtg hidup ku. Terlalu byk dugaan yg telah aq tempuh. Disaat aq kehilangan org yg aq sayang. Disaat org kesayangan aq ditimpa kecelakaan. Disaat keluargaku ditimpa dugaan yg sangat besar. Tapi ALHAMDULILLAH, sume tu telah ku harungi dengan tabah. Kini aq ttp kuat utk teruskan kehidupan neyh.

For all my frenz, i want to share the precious moment in my life wif my beloved family on my Convocation Day

Convo Style


Received Scroll

Wif my FAMILY <3

Member yg graduated that day

Member baek aq utk Last Sem

Monday, March 28, 2011

SouLMaTeS

Once upon a time there are a teacher and his student lay down under the big tree near the big grass area. Then suddently the student asked the teacher,

Student : Teacher, I'm confuse how we find our soulmate. Can you please help me?

Teacher : "Silent for few second, than he answer" Well, it's pretty hard and easy question..

Student : "THINK HARD" Ha???

Teacher : Look on that way, there are a lot of grass there, why don't you walk there but please never walk backward, just walk straight ahead. On your way, try to find a beautiful grass and pick it up then give it to me. But just one.

Student : Well, ok then... wait for me... "Walk straight ahead to the grass field"

"A few minutes later..."

Student : I'm back..

Teacher : Em, well I don't see any beautiful grass on your hand.

Student : On my journey, I found few beautifull grass, but I thought that I would find a better one, so I didn't pick it up. But I didn't realize that I'm in the end of the field, and I hadn't pick any. Cause you told me not to go back, so I didn't go back.

Teacher
: That's what in real live happened

What is the message of this story?
* Grass -- is people around you
* Beautiful Grass -- is people that attract you
* Grass Field -- is time

-- In looking for your soulmate, please don't always compare and hope that there will be a better one. By doing that, you'll waste your lifetime, cause remember "Time Never Goes Back".... So try to accept what he/she is. :')

"1st January 2009 until the end of my life"

Wednesday, March 23, 2011

Aku Hamba Mu Yg Lemah

Hari demi hari, trlalu banyak dugaan yg aq terime. Hati kecil ni merungut "Mengapa?". Trlalu jahat kew aq ni. Trlalu byk kew dosa ku. Saban hari air mata lelaki ini mengalir. Sehingga tiada akhir nya.
Aq tau dugaan yg d beri menandakan betapa Tuhan igt pada kite. Aq tau maseh belom terlambat buat diri ku tp sudah terlambat buat seseorang. Maafkan aq. Maafkan segala kesalahan yg tlah aq lakukan. Aq kini lemah. Totally down...huhu
Tapi aq cuba kuat. Aq cube kuat demi diriku. Demi keluarga ku trsayang. Aq mahu buktikan yg aq tidak lemah seperti yg d sangkakan. Kerna aq tau tuhan sentiasa d sisi ku. Aq ttp akan truskan perjuangan ku walau berat hati aq ni menanggung dan menerima dugaanNya.
Aq tidak pernah salah kan dier. Aq x pernah salahkn sesiapa. Aq redha dan aq terima segala nya ngan hati trbuka. Mungkin ini yg terbaek dan mungkin ini yg telah d tetapkan buat ku. Walau apapun yg brlaku, aq ttp akan rindukan dier. Aq tetap akan sygkn dier. Aq sentiasa doakan yg terbaek buat dier. Kerna dier pernah jadi segala-gala nya buat ku. Kerna dier pernah menghiasi hidup ku. Kerna dier telah mengajar aku erti hidup. Terime Kasih :')

"Ya ALLAH, aq mohon pada mu. kuatkan hati ini & tabahkan lah hati ini dalam menempuh segala dugaan dlm dunia mu ini. berkatilah hidup ku ini. Kau kurniakanlah kebahgiaan kepada beliau. kebahgiaan yg tidak mampu aku berikan dulu. aku terima segala yg telah d tetapkan kepadaku oleh Mu. sesungguh nya aq insan yg lemah. sesungguhnya aq insan yg hina..amin~"



I asked for Strength...
And Allah gave me Difficulties to make me strong.
I asked for Wisdom...
And Allah gave me Problems to solve.
I asked for Prosperity...
And Allah gave me Brain and Brawn to work.
I asked for Courage...
And Allah gave me Danger to overcome.
I asked for Love...
And Allah gave me Troubled people to help.
I asked for Favours...
And Allah gave me Opportunities.
I received nothing I wanted ...
I received everything I needed!



Tuesday, March 22, 2011

Tutorial : How to make fake 3D picture

Actually technique ni dh lame aq nk wat. Igtkan susah tp bile dh search utk tutorial dier, rupe nyer senang sgt2. So utk kali ni, i want to share it wif all of u & hope brgune utk u guys sume. Try it~

Step 1
Open your file in adobe photoshop.

Step 2
Duplicate ur picture. Go to Layer > Duplicate Layer or Ctrl + J.

Step 3
Open blending option. Go to Layer > Layer Style > Blending Options or Double click at Background copy layer.

Step 4
Unchecked the "R" at Channels part.

Step 5
Move ur pic to the right a bit.

Step 6
Select area that content 3D effect with Rectangular Marquee Tool (M) & crop.


Result :-

Wednesday, March 16, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya? Dipetik dari ceramah oleh Dr. MAZA bertajuk 'Mencari Sakinah', semoga kita semua mendapat manfaat bersama. Insyaallah...






--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teks penuh video 'Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!'

Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat
erti kebahagiaan yang sebenarnya...

Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]

Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah

Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan

[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]

Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik

Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)

[Pengalaman sering mematangkan kita]

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك
Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah

[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada

[Bersyukurlah wahai diri ini...]

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق
فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر
"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!

Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

[Firman Allah yang bermaksud:]

"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
(التوبة: 40)


[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]

Kredit kepada http://salafus-sholih.blogspot.com